Showing posts with label Petua Sihat. Show all posts
Showing posts with label Petua Sihat. Show all posts

Jul 2, 2022

Khasiat Daun Pudina

1.Daun pudina digunakan sebagai ulam dalam laksa dan penambah perisa dalam Nasi Beriani.

2.Tahukah anda daun pudina banyak khasiatnya.

3.Teh pudina berkesan merawat bau nafas (halitosis), membantu mengeluarkan kahak, menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut seperti cramps dan colic,menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.

4.Teh pudina  berkesan  untuk mengatasi masalah kekembungan dan angin perut.

Feb 2, 2017

Khasiat Buah Peria atau Momordica Charantia

Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria  katak yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi
mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.


Sumber : Utusan Online

Nov 15, 2015

Petua Elak Demam kepialu

Sumber : Astro Awani



DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.


Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.


Deman kepialu mengancam nyawa jika dibiarkan

Sep 29, 2014

14 Khasiat Timun





 
1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas

Mar 26, 2013

Petua Mengurangkan Kolestrol


Dari segi luaran, ia tidak nampak begitu menyelerakan tetapi amalan pemakanan buah prun memberikan banyak

Sep 19, 2012

Petua Elak Penyakit Batu Karang

1.Minum banyak air mati untuk membersihkan kencing.

2.Elak minuman manis,terutama minuman berkarbonat.

3.Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan 
  pembentukan batu karang.Makanan seperti barli,kentang,
 keledek,berasaskan tepung gandum,bunga kubis dan pisang 
 dapat mengatasi masalah kekurangan ini.

4.Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti 
  tomato,bayam,lobak merah,daging,trawberi,koko dan coklat.

5.Kurangkan pengambilan gula,ikan masin,jeruk dan coklat.

6.Ambil sayuran dan buah-buahan kaya serat.

7.Kurangkan sumber protein haiwan sebaliknya gantikan 
  dengan protein tumbuhan.

8.Kurangkan minum kopi,teh dan alkohol(bagi bukan Islam).

Feb 3, 2012

Petua Sihat Percuma

Kadang-kadang kita lupa ,banyak cara percuma untuk menjaga kesihatan diri .Salah satunya ialah makan dalam sukatan yang kecil.Sekiranya kita makan dalam kuantiti tersebut , kita mampu mengawal berat badan dan menjaga kesihatan.Makan ketika lapar , berhenti sebelum kenyang.Ringkasnya makan untuk hidup.Bukan hidup untuk makan.

Jun 9, 2011

Petua Mengurangkan Berat Badan

Ramai mengeluh apabila mengalami penambahan berat badan atau obesiti.Sebenarnya ada cara terbaik untuk mengurangkan berat badan anda.Antaranya termasuklah :
1.Elakkan ( Jangan makan makanan bergoreng dan bersantan - mengandungi minyak)
2.Makan makanan yang direbus.(Ikan dan lain-lain).

Sekiranya anda mengikuti petua tesebut dengan tekun , tunggulah perubahan yang berlaku pada tubuh anda.Amalkan gaya hidup sihat.

P/S - Petua ini hanyalah pengalaman daripada mereka yang mengamalkannya untuk dikongsi bersama , dapatkan nasihat doktor adalah yang terbaik.



May 28, 2010

5M


Satu pendekatan baru Kementerian kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia khususnya dalam pengambilan makanan secara sihat. :

5 M merupakan singkatan :
@Mengurangkan gula
@Mengurangkan garam
@Mengurangkan minyak
@Melebihkan sayur-sayuran
@Melebihkan buah-buahan

Diet Sihat

Cara mengamalkan diet sihat

Tubuh badan adalah aset yg penting.Kita perlu berusaha menjaga dan memperbaiki aset kita.Melabur dlm diet yg berkhasiat dan seimbang penting untuk menjaga aset kita yg paling berharga iaitu kesihatan kita.Berikut adalah beberapa langkah mudah utk merancang pengambilan makan kita sambil memastikan ia sesuai dgn usia dan keadaan fizikal kita.
Kurangkan Lemak dan Kolesterol
Lemak dan kolesterol adalah punca utama sekatan arteri yang menigkatkan risiko serangan jantung dan strok.Oleh itu,usaha mengehadkan lemak tepu yang anda makan merupakan langkah paling penting yang boleh diambil utk mengurangkan kolesterol darah dan menurunkan risiko penyakit arteri koronari.
Cara terbaik utk mengurangkan pengambilan lemak tepu ialah dengan mengehadkan jumlah lemak pejal seperti mentega ,marjerin dan lelemak apabila memasak makanan.Jika boleh,gunalah gantian yg rendah lemak.
Apabila anda menggunakan lemak,pilih lemak mono x tepu seperti minyak zaitun atau minyak jagung.Ini kerana lemak mono x tepu dan poli x tepu boleh membantu mengurangkan kolesterol darah anda secara keseluruhan.Bagaimanapun,kesederhanaan adalah sangat penting.Segala jenis lemak mempunyai nilai kalori yg tinggi dan hendaklah diguna secara sederhana.
Cara Mudah Untuk Kurangkan Pengambilan Lemak dan Kolesterol 
#Membakar,memanggang atau menyalai makanan.Dan jika boleh,elakkan menggoreng makanan.
#Pilih daging yang rendah lemak seperti ayam,ikan,daging tanpa lemak yang boleh dilihat dan tanpa kulit.
#Hadkan daging yg mengandungi terlalu banyak lemak seperti sosej,salami,pepperoni,lamb chop dan daging goreng.
#Banyakkan makan buah-buahan dan sayur2an segar.Gunakan buah-buahan sebagai pencuci mulut untuk menggantikan manisan tinggi lemak dan gula seperti aiskrim,kek dan kuih-muih.
#Gunakan produk tenusu rendah lemak seperti susu rendah lemak,keju rendah lemak tau tanpa lemak,krim masam rendah lemak atau keju krim.
Pilih Protein Rendah Lemak
Daging,ayam,itik,ikan, susu dan telur adalah antara sumber protein yang terbaik.Tetapi anda perlu berhati2 memilih sumber protein yg rendah lemak seperti susu skim,bukan susu penuh dada ayam tanpa kulit,bukan kepak dan bahagian2 lain yg banyak lemak dan kulit.
Ikan adalah satu lagi pilihan yang lebih baik daripada daging tinggi lemak.Sesetengah jenis ikan seperti bass laut,bawal putih,kod dan tuna lebih rendah lemak keseluruhan lemak tepu dan kolesterol jika dibandingkan dengan daging,ayam dan itik.
Kekacang seperti kacang pis dan dal juga merupakan sumber protein yang baik.Ia bukan sahaja tidak mengandungi kolesterol tetapi juga rendah lemak.Kacang soya juga salah satu jenis lagi kekacang yang sangat baik untuk jantung.Ini menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk menggantikan daging.
Tambah Sayur-sayuran dan Buah-buahan Dalam Diet Anda
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah rendah kalori,kaya dengan serat makanan,vitamin dan zat galian yang baik.Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu menurunkan kolesterol darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu mencegah penyakit kardiovaskular.
Pengambilan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet boleh mengenyangkan dan membantu mengelakkan pengambilan makanan snek yang tidak sihat.
Bila makan di luar,pilih resepi yang mengandungi sayur-sayuran atau buah-buahan sebagai ramuan utama.Jangan mencicah sayur-sayuran atau buah-buahan dalam kuah,santan,sos pekat atau krim.
Pilih Bijirin Penuh
Bijirin penuh adalah sumber serat,vitamin dan zat galian seperti tiamina,riboflavin,niasin,vitamin E dan magnesium,fosforus,selenium,zink dan zat besi.
Pelbagai nutrien yang terdapat dalam bijirin penuh memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung.Anda boleh menambah pengambilan bijirin penuh dalam diet anda dengan membuat penggantian yang mudah.
Pilih roti bijirin penuh bagi menggantikan roti putih.Pasta gandum penuh untuk menggantikan pasta biasa dan beras perang untuk menggantikan beras putih biasa.
Pilih bijirin tinggi serat untuk sarapan seperti emping bran atau gandum pecah untuk menggantikan mufin dan donat.Dan gunakan tepung gandum penuh bagi menggantikan tepung putih biasa bila membuat kuih.
Amalkan Kesederhanaan
Mengetahui jenis makanan yang boleh dimakan dapat membantu anda mengamalkan diet yang sihat.Tetapi anda juga perlu tahu berapa banyak makanan yang boleh diambil.
Mengisi pinggan hingga penuh,mengambil tambahan kedua dan memilih sajian bufet boleh menyebabkan anda mengambil kalori,lemak dan kolesterol secara berlebihan.
Sajian yang disediakan di restoran biasanya jauh lebih banyak daripada yang anda perlukan.Sentiasa pastikan yang anda mengambil sedikit sahaja daging,ayam dan ikan supaya anda mempunyai ruang untuk mengambil banyak sayur-sayuran,buah-buahan dan bijirin penuh.
Perancangan Adalah Penting
Adakah anda sudah bersedia untuk memberi komitmen kepada kesihatan anda?Jika anda sudah bersedia,bermakna anda juga sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan tindakan anda.
Pilih makanan untuk setiap waktu makan dan snek dengan mengutamakan sayur-sayuran,buah-buahan dan bijirin penuh,Hadkan pengambilan daging dan makanan berlemak.
Awasi jumlah makanan yang anda ambil dan pelbagaikan pilihan menu anda.Pilih segala jenis makanan tetapi makanlah secara berpatutan.Sesetengah makan mengandungi lebih banyak lemak secara semula jadi.
Jangan ketepikan makanan berkhasiat daripada diet anda disebabkan kandungan lemaknya.Ambillah dalam jumlah berpatutan.
Sebaliknya,cuba kurangkan sajian makanan yang disediakan dengan lemak tambahan seperti makanan bergoreng dan kek.Sebagai contoh,sepotong keju lebih sihat daripada kentang goreng atau French fries.
Mungkin terdapat beratus-ratus lagi petua lain yang boleh membantu anda membaiki kesihatan anda.
Walau siapapun diri anda dan tahap kecergasan anda,amalan diet yang lebih sihat dan usaha menurunkan berat badan adalah lebih mudah daripada yang disangkakan.Penting untuk anda menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan untuk mengamalkan diet yang sihat.
Menahan diri daripada makan makanan kegemaran anda boleh mendatangkan kesan yang sebaliknya dalam usaha menukar diet atau tabiat makan anda dalam jangka panjang.Ia boleh menimbulkan keinginan yang meluap-luap dan mencetuskan pelbagai kitaran yang tidak diingini dalam pengurusan diet anda.
Sebaik-baiknya,anggaplah taniat makan yang sihat sebagai larian maraton dan bukannya larian pecut.Hanya dengan melakukan perubahan-perubahan yang boleh anda amalkan sepanjang hayat,anda dapat menikmati diet yang sihat.

Jan 20, 2010

Petua Sihat


Menurunkan Darah Tinggi
  • Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
  • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
  • Makanlah biji buah Peria.
  • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
  • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
  • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
  • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
  • Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
  • Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
Menghilangkan Kencing Manis
  • Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal. 
  •  
  •  
  • Email saya nazriazra@gmail.com atau sms 013-9640760 untuk maklumat lanjut
    Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
    • Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan... insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!
    Tajamkan Penglihatan
    • Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.
    Melawaskan Kencing
    • Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.
    Menurunkan Darah Tinggi
    • Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.
    Menghilangkan Sakit Kencing Manis
    •  Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus (bertengkumus maksudnya berselubung) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. (Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

    Dec 25, 2009

    Petua Sihat

    PETUA-PETUA DARI PN. YASMIN SIDDIK PERUNDING KECANTIKAN DARI POSITIVE
    GROOMING

    1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke  kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan  tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun  perlahan-lahan.  Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan  menghulurkan tangan. 


    Buat beberapa senaman ringan seperti yang diajar oleh beliau.

    2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum.  Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah  dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah  pagi??Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga).

    3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan  memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya  liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk  nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

    4. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.

    5. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

    6. Amalkan MANDI SUSU, caranya :
    * Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
    * Sapu susu seluruh muka dan badan
    * Biarkan kering
    * Bilang dengan sabun dan air.
    ( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

    7. MANDI REMPAH
    * Halba )
    * Jintan Manis )
    * Jintan Putih )
    * Kulit Kayu Manis ) Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
    * Bunga Cengkil ) lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
    * Serai wangi ) terakhir.
    * Daun Pandan )

    8. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
    * Bunga Ros 3 kuntum )
    * Bunga Melor 3 kuntum ) Campur ke dalam air dan mandi pada
    * Daun Pandan ) bilasan terakhir
    * Serai wangi )

    9. RAWATAN RAMBUT
    * Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit. Jika
    rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.
    * Rawatan panas untuk rambut :
    * Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan
    bungkus kepala selama 10 minit.
    * Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu sudu (jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika inginkan rambut hitam). Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.

    RESEPI UNTUK KESIHATAN

    Carrot Sandwich
    * Rebus carrot, lenyekkan.
    * Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

    Salad Sandwich
    * Salad (Potong kecil-kecil)
    * Sedikit mayonis
    * Timun yang dihiris nipis
    * Telor rebus


    Followers