Dec 25, 2009

Petua Sihat

PETUA-PETUA DARI PN. YASMIN SIDDIK PERUNDING KECANTIKAN DARI POSITIVE
GROOMING

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke  kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan  tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun  perlahan-lahan.  Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan  menghulurkan tangan. 


Buat beberapa senaman ringan seperti yang diajar oleh beliau.

2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum.  Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah  dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah  pagi??Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga).

3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan  memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya  liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk  nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

4. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.

5. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

6. Amalkan MANDI SUSU, caranya :
* Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
* Sapu susu seluruh muka dan badan
* Biarkan kering
* Bilang dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

7. MANDI REMPAH
* Halba )
* Jintan Manis )
* Jintan Putih )
* Kulit Kayu Manis ) Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
* Bunga Cengkil ) lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
* Serai wangi ) terakhir.
* Daun Pandan )

8. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
* Bunga Ros 3 kuntum )
* Bunga Melor 3 kuntum ) Campur ke dalam air dan mandi pada
* Daun Pandan ) bilasan terakhir
* Serai wangi )

9. RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit. Jika
rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.
* Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan
bungkus kepala selama 10 minit.
* Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu sudu (jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika inginkan rambut hitam). Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.

RESEPI UNTUK KESIHATAN

Carrot Sandwich
* Rebus carrot, lenyekkan.
* Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
* Salad (Potong kecil-kecil)
* Sedikit mayonis
* Timun yang dihiris nipis
* Telor rebus


No comments:

Post a Comment

Followers