Showing posts with label Petua Elak HIV. Show all posts
Showing posts with label Petua Elak HIV. Show all posts

Nov 29, 2010

Petua Elak HIV

Apa Itu HIV

HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus.Sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit.Kuman virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara perlahan-lahan.

Apa itu HIV Positif

Adalah seseorang yang telah disahkan mempunyai HIV dalam tubuh mereka tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit serta boleh merebakkan kepada orang lain. Individu yang menunjukkan HIV positif digelar Pembawa HIV. Pembawa HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti orang biasa untuk satu jangkamasa yang panjang (5 - 10 tahun).

APA ITU AIDS
AIDS merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan telah dilumpuhkan. Pelbagai tanda dan gejala penyakit oppurtunis seperti kandidiasis, kayap, jangkitan paru-paru, kanser akan wujud dan berakhir dengan kematian.

TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS
  • Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu.
  • Cirit-birit berlarutan.
  • Demam yang berpanjangan.
  • Batuk-batuk yang berterusan.
  • Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.
  • Barah kulit (Kaposi's Sarcoma).
  • Penyakit herpis simplex(sejenis kayap) merebak dan berulangan.
  • Jangkitan Paru- Paru (Pneomocystitis carinii pneumonia)
  • Sejenis protoaza boleh menyebabkan kematian 10-30% pesakit jika tidak dirawat.
CARA-CARA AIDS MEREBAK
Virus HIV boleh didapati di dalam darah, air mani dan cairan faraj. Virus ini juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dalam tulang belakang dan otak. HIV juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan.
Virus HIV boleh dipindahkan melalui:-
  1. Hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti dengan pelacur atau dengan berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
  2. Menerima darah yang telah dicemari atau hasilan darah daripada  orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik  telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.
  3. Melalui ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya sebelum, semasa atau selepas bersalin


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • Jangan lakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan anda tidak mengetahui status kesihatannya.
  • Bersifat setia terhadap pasangan.
  • Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV.
  • Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
Seseorang itu tidak dijangkiti HIV melalui;
  • Berpegang tangan dan bersalaman.
  • Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
  • Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.
  • Melalui makanan atau minuman.
  • Ciuman/pelukan.
  • Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
  • Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
  • Berkongsi buku (sekolah).
  • Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas


Followers