Dari
segi luaran, ia tidak nampak begitu menyelerakan tetapi amalan pemakanan buah prun memberikan banyak
faedah kesihatan disebabkan oleh nutrisi yang terkandung, membuatkannya sebagai salah satu makanan paling berkhasiat di dunia.
faedah kesihatan disebabkan oleh nutrisi yang terkandung, membuatkannya sebagai salah satu makanan paling berkhasiat di dunia.
Vitamin K yang banyak terkandung dalam buah
tersebut mampu membantu menguatkan tulang serta membekukan darah. Di samping
itu, serat terlarut dalam prun juga berupaya melambatkan proses penyerapan
glukosa dan menstabilkan tahap gula dalam darah.
Disebabkan oleh
sifatnya yang kaya dengan bahan anti-oksida yang jarang didapati dalam
kebanyakan makanan lain, buah prun berupaya menghindari pengoksidaan kolestrol
dalam badan, lantas mencegah plak dari berkumpul di bahagian arteri. Zat kalium
di dalamnya juga membantu merendahkan tekanan darah.
Sekiranya anda
sedang cuba menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan buah prun.
Serat yang banyak terdapat boleh memberikan rasa kenyang yang membuatkan anda
menghindari tabiat memakan terlalu banyak.
Sumber : Siti Munawirah Mustaffa | Tupai
No comments:
Post a Comment