Jul 2, 2022

Khasiat Daun Pudina

1.Daun pudina digunakan sebagai ulam dalam laksa dan penambah perisa dalam Nasi Beriani.

2.Tahukah anda daun pudina banyak khasiatnya.

3.Teh pudina berkesan merawat bau nafas (halitosis), membantu mengeluarkan kahak, menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut seperti cramps dan colic,menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.

4.Teh pudina  berkesan  untuk mengatasi masalah kekembungan dan angin perut.

Dec 1, 2017

Rawatan Kurap

Penyakit kurap boleh dirawat dengan penggunaan ubat antikulat. 
Jenis rawatan bergantung kepada faktor :
1.Keluasan kawasan yang dijangkiti, 
2.Kekerapan jangkitan berulang selepas dirawat, 
3.Kurap yang tidak sembuh dengan rawatan sapuan krim dan sebagainya.
Sekiranya kurap hanya melibatkan kawasan kulit yang terhad, ubat dalam bentuk krim adalah yang paling sesuai. Krim-krim yang mengandungi bahan aktif seperti imidazole, allylamine, tolnaftate dan cicloprox boleh digunakan.
Teknik sapuan krim yang betul harus digunakan – ubat perlu disapu di atas plak dan melebihi sempadan kurap. 
Rawatan perlu dilakukan dua kali sehari selama dua hingga empat minggu, bergantung pada jenis ubat yang digunakan.
Jika terdapat banyak kawasan yang dijangkiti kurap, ubat antikulat dalam bentuk kapsul atau pil adalah pilihan yang lebih praktikal. Di antara ubat antikulat yang kerap digunakan adalah fluconazole, itraconazole dan terbinafine. Walau bagaimanapun, ubat-ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Ia boleh berinteraksi dengan ubat-ubat lain dan boleh menyebabkan ‘hepatitis’ terutamanya pada sesetengah individu. Oleh itu, pastikan ubat-ubat ini diperoleh daripada pengamal perubatan yang arif tentang penggunaannya. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli ubat-ubatan tanpa preskripsi terutamanya jika anda juga mengambil ubat-ubat yang lain.
Pencegahan
Rawatan awal yang mencukupi amat penting untuk mempastikan jangkitan kurap sembuh dan tidak berulang. Walau bagaimanapun, jangkitan ini masih boleh berulang  sekiranya seseorang itu juga mempunyai penyakit kencing manis yang tidak terkawal, mempunyai daya imuniti yang rendah, menerima rawatan kali pertama dengan dos atau jangka masa yang tidak mencukupi dan pelbagai faktor lain. Elakkan daripada berkongsi tuala, pakaian atau kasut dengan orang lain dan pastikan kawasan kulit yang terlibat tidak sentiasa lembap.
Sumber :myhealth

Feb 3, 2017

mindaku: Punca Lupa

mindaku: Punca Lupa: Kenapa kita mudah lupa ? 1.Kalau anda  seorang pelajar , anda berkhayal ketika membaca.Anda tidak     tahu apa yang anda baca.Memang  sah a...

Feb 2, 2017

Khasiat Buah Peria atau Momordica Charantia

Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria  katak yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi
mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.


Sumber : Utusan Online

Oct 2, 2016

Petua Elak Virus Zika

Hasil carian imej untuk virus zika free copyright

Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes Aegypti.Virus Zika yang menyerang ibu hamil akan membahayakan janin dalam kandungannya kerana bayi akan mengalami kecacatan kepada kepala dan otak (ukuran kepala menjadi lebih kecil -microchepaly)

Hasil carian imej untuk virus zika free copyright

Cara mengelakkan Virus Zika :
1.Memakai pakaian menutup tubuh atau berlengan panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

2.Kurangkan Aktiviti luar terutama ibu hamil awal pagi atau lewat petang terutama di kawasan yang dikenalpasti tempat berkumpul atau pembiakan nyamuk.Elakkan kawasan rekreasi yang tidak bersih.

3.Menjaga kebersihan persekitaran.Sama ada di rumah atau ketika berada di tempat awam.Contohnya tidak membuang sampah di merata-rata tempat yang boleh mengundang risiko pembiakan nyamuk aedes.
Hasil carian imej untuk virus zika free copyright
4.Memeriksa kawasan rumah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Terutama dalam pasu bunga , saluran atap dan bekas yang tidak digunakan yang boleh menakung air menyebabkan nyamuk bertelur di situ.

5.Ibu mengandung disarankan memakai losyen bebas organik ketika keluar rumah seperti lavender, serai wangi (lemongrass) dan wangian sitrus

6.jauhi kawasan wabak atau berisiko terkena virus Zika.

Lagi info Virus Zika di  Siraplimau.com

Oct 1, 2016

mindaku: Pokok Halau Nyamuk

mindaku: Pokok Halau Nyamuk: Banyak pokok bunga yang berkesan untuk menghalau nyamuk.Antaranya pokok bunga Marigold atau Emas Mary.Orang Melayu memanggilnya Pokok Bung...

Nov 15, 2015

Petua Elak Demam kepialu

Sumber : Astro Awani



DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.


Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.


Deman kepialu mengancam nyawa jika dibiarkan

Oct 28, 2015

Kelebihan Minum Air Suam

1. Menguruskan badan 

Berita baik bagi mereka yang sedang. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan 

Air suam dapat menghasilkan hormon

Jun 12, 2015

Petua Tradisional Hilangkan Selsema

HALIA
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari
IKAN
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik
SAYURAN HIJAU
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema
BAWANG PUTIH
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah
KUNYIT
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema
MADU
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak
AIR BERAS
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

Ini adalah petua tradisional, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya

Pautan sumber : mysumber.com

Sep 29, 2014

14 Khasiat Timun





 
1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas

Sep 19, 2014

Petua Rasulullah Buat Orang Yang Menghidap Sakit Kronik

Info ini amat berguna untuk semua penganut muslim.
Sekiranya kita mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakaat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah SAW;

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."


Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si pesakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.


sumber : selatanonline

Jan 13, 2014

Khasiat Kangkung

Lapan kebaikan kangkung yang anda perlu ketahui.

1.Membantu melawaskan pembuangan air besar
2.Membantu mengatasi masalah sukar tidur atau

Jan 6, 2014

Petua mengelakkan Ereksi Awal

Apa kebaikan kismis ?
Petua untuk tahan lama.Kandungan Arginin (Asid Amino) dalam kismis meningkatkan libido.Arginin tersebut akan membantu mengatasi disfungsi ereksi.

Mar 26, 2013

Petua Mengurangkan Kolestrol


Dari segi luaran, ia tidak nampak begitu menyelerakan tetapi amalan pemakanan buah prun memberikan banyak

Jan 18, 2013

Petua Elak Gatal



Pernahkah anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit

Dec 30, 2012

Followers