Aug 23, 2012

Petua Hidup Sihat Tanpa Garam

Apa  itu garam ?

Nama saintifiknya Sodium Klorida.

Kenapa garam penting ?

Sodium Klorida membekalkan cecair dan menyeimbangkan  cecair dalam tubuh.Ringkasnya garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.


Bahaya garam 

Tetapi berhati-hati, terlalu banyak garam menyebabkan peningkatan di dalam cecair badan. Jika cecair berlebihan di dalam otak, ia boleh menjadi satu faktor risiko untuk pecah saluran darah di dalam otak yang menyebabkan strok.

Untuk jantung, ia boleh menyebabkan masalah koronari dan tekanan darah tinggi (hipertensi). Bagi orang dewasa yang sihat, garam boleh dikeluarkan dari badan oleh buah pinggang melalui air kencing.

Walau bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak mampu untuk membuang natrium yang terkumpul di dalam badan. Ini boleh menyebabkan buah pinggang, hati dan otak dan boleh menyebabkan kematian. Ini adalah kerana bayi tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan sejumlah besar garam kerana buah pinggang mereka masih belum sempurna pembentukannya.

Petua Mengawal Pengambilan Garam Berlebihan

* Gunakan bahan-bahan semula jadi seperti jus limau dan rempah
* Kurangkan pengambilan garam dan bahan yang diawet.
* Kurangkan pengambilan  kiub, makanan segera, sos, mayonis 
   dalam masakan
* Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger, kacang
* Kurangkan penggunaan makanan dalam tin, ikan masin, udang kering, cuka.

Maklumat lanjut di sihatselalu.com




No comments:

Post a Comment

Followers