May 19, 2010

Petua Elak Penyakit Gusi


Penyakit Gusi (Periodontium)
Latar belakang
Penyakit gusi boleh dikategorikan mengikut peringkat atau tahap kerosakan.
►  Gingivitis

  • Gingivitis adalah peringkat awal penyakit yang hanya melibatkan gusi (gingiva) sahaja. 




  • Periodontitis adalah peringkat penyakit yang lebih teruk di mana jangkitan telah merebak ke akar gigi dan melibatkan tulang serta struktur tisu penyokong gigi.



Adakah penyakit gusi biasa terjadi?

Ya, ramai orang mengalami masalah gusi.
Kajian "National Oral Health Survey of Adult 2000", Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 9 daripada 10 orang dewasa Malaysia yang masih ada gigi mengalami pelbagai peringkat penyakit gusi.

Apa yang menyebabkan penyakit gusi ?

Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kejadian penyakit gusi seperti :
  • Kalkulus atau plak gigi yang telah keras
  • Merokok
  • Diabetes
  • Kerosakan gigi
  • Stres
  • Gigi palsu ( dentur )
  • Mulut kering
  • Sebahagian ubat-ubat untuk masalah perubatan seperti epilepsi dan tekanan darah tinggi
  • Perubahan hormon contohnya semasa mengandung

Apakah tanda-tanda penyakit gusi ?

Anda mungkin akan mengalami keadaan berikut:
  • Gusi merah dan bengkak
  • Gusi berdarah
  • Gigi longgar atau berubah dari kedudukan asal ( tersesar )
  • Nafas berbau ( halitosis )
  • Gangguan deria rasa

Peringatan
  • Gusi yang tidak sihat selalunya tidak sakit dan ramai orang tidak sedar yang mereka mengalami penyakit gusi pada peringkat awal.
  • Semasa mengandung atau datang haid, gusi boleh membengkak dan sakit kerana perubahan hormon.

Komplikasi
  • Penyakit gusi boleh menyebabkan implikasi sosial kerana ia berkaitan dengan nafas berbau dan penampilan yang kurang menarik.
  • Kehilangan gigi.

Apa yang anda boleh lakukan?

Kesihatan gigi yang baik perlu dicapai melalui amalan :
  • Penjagaan kebersihan mulut yang baik dengan:
    • Berus gigi sehingga bersih
    • Gunakan flos
    • Berkumur-kumur
  • Makan secara sihat dan hadkan pengambilan makanan ringan yang manis
  • Tidak merokok
Dapatkan nasihat daripada doktor pergigian jika masalah masih berterusan. 

Sumber : www.infosihat.gov.my 


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails