Feb 18, 2010

Petua Elak Pedih Ulu Hati Atau Kembung

Pedih ulu hati atau kembung?

KERAP kali berlaku situasi di mana ibu bapa berhadapan dengan bayi menangis berterusan tanpa diketahui sebabnya. Apabila dibawa ke doktor atau pakar pediatrik mereka akan menyatakan bayi anda mungkin kembung.
Begitupun sebagai ibu, naluri anda menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi anda membuatkan dia berterusan menangis, resah dan tidak selesa.
Bayi anda mungkin mengalami gejala penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau dengan kata mudah pedih ulu hati.
Jangan risau gejala ini boleh dirawat dan bayi boleh kembali lega selepas mendapat rawatan sebaiknya.
Apakah Reflux
Ia berlaku apabila otot yang berfungsi menutup esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) lemah. Jika ia tidak ditutup dengan sempurna, makanan dan cecair boleh kembali semula ke dalam esofagus dan menyebabkan kesakitan dan pedih, sering kali disifatkan sebagai pedih ulu hati (heartburn). Jadi tidak hairanlah bayi anda menangis.
Jika bayi anda mempunyai simptom-simptom di bawah dia mungkin mengalami reflux:
Sedu
Menangis
Lapar tetapi berhenti makan walaupun baru beberapa minit bermula
Menjerit
Menolak apabila disusukan sama ada susu badan atau botol
Sukar untuk menelan
Kerap mengeluarkan air liur
Sakit belakang
Resah
Menegakkan kaki ketika menangis
Asma
Bersin
Batuk
Susah tidur
Tercekik

Jika anda merasakan bayi mengalami reflux, buat temujanji dengan doktor kanak-kanak bagi membincangkan hal ini lebih lanjut.
Begitupun ada beberapa tip yang boleh diikuti dalam menangani bayi yang mengalami reflux
Tinggikan bantal bayi dengan meletakkan tuala di bawahnya.
Letakkan bayi anda pada kedudukan menegak/berdiri sekurang-kurangnya setengah jam selepas dia makan atau menyusu.
Jika anda menyusukan badan elak daripada makan makanan berasid seperti buah-buahan citrus atau sos tomato, elak juga makanan berminyak. Anda juga harus elak daripada mengambil terlalu banyak produk tenusu.
Jika bayi masih tidak selesa, minta doktor anda merujuk bayi anda kepada pakar pediatrik.
Jaka ubat yang diberi doktor tiba-tiba tidak berkesan, bawa semula ke doktor untuk diperiksa semula bagi kemungkinan diberi dos yang lebih tinggi.
Urut lembut perut bayi arah ikut jam.

No comments:

Post a Comment

Followers