Showing posts with label Petua Kurus. Show all posts
Showing posts with label Petua Kurus. Show all posts

Jun 26, 2010

Epal  membekalkan 4 gram fiber kepada diet seharian kita jika kita amalkan sebiji epal saiz sederhana.Epal membantu dalam menguruskan badan kepada anda yang sedang berdiet. Kebanyakan serat terkandung dalam kulitnya.Antara khasiat epal :

  • Merendahkan paras gula dalam darah
  • Merendahkan risiko sakit jantung
  • Mengelakkan sembelit
  • Mengelakkan kanser usus
  • Mengawal selera makan
Sumber : Cyberslimcenter.com

Dec 27, 2009

Lagi Petua Kurus

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter.

12. Ketika makan di luar, pesanlah minuman air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Elakkan meminta minuman manis.

13.. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Anda mungkin akan berputus asa untuk berdiet.

15. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan satu diari makanan. Ia boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.

20. Ketika memilih piring makanan , ambil piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu, kemudian baru nasi, terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.

Dec 25, 2009

Petua Kurus

1. Jangan berlapar. Tidak makan menyebabkan Kadar metabolisma menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak. Walaupun tahap pengambilan makanan kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL dalam perut menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air dalam sehari. Air mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak dalam tubuh. Minum air sebelum makan makanan berat. Anda tentu tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makan perlahan lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan, jangan gopoh. Apabila makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan hingga lumat. Kunyahlah makanan hingga lumat atau hingga ke cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera.
 

Followers