Showing posts with label Petua Elak Stress. Show all posts
Showing posts with label Petua Elak Stress. Show all posts

Mar 3, 2010

Petua Elak Stress dan Marah

Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Feb 5, 2010

Lagi Petua Elak Stress

Otak yang tenang dapat diatasi dengan beberapa jenis makanan yang boleh membantu masalah tekanan supaya menjadi lebih efektif.

Ayam bakar dan daging yang membekalkan protein yang baik terhadap tubuh badan. sejumlah 200 gram akan membantu otak menghasilkan doparnin dan norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan anda, demikian menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet,daging mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi yang dapat membantu mengurangkan stress

Kacang badam sangat lazat dan mempunyai khasiat antistress luar biasa yang dilengkapi vitamin B2, vitamin E dan magnesium yang membantu menenangkan dan mengendalikan emosi dengan baik, manakala vitamin E yang terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas menjadi penyebab stress, sekali gus melawan penyakit jangtung. Makan segenggam badam setiap hari sudah mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal stres anda.

Bertih jagung juga dapat membantu menghindari perasaan gelisah sehingga menyebabkan tidur terganggu.Pilihlah makanan seperti bertih jagung kerana karbohidrat akan membuat badan kita melepaskan serotonin, iaitu sebatian kimia didalam otak yang menyebabkan kita berasa lebih tenang.

Penggemar-penggemar makanan Jepun seperti ‘sushi’ tentunya bakal mendapat manfaat kerana rumpai laut mempunyai khasiat mirip ikan yang terdapat di dalam campuran sushi. Asid pantothenic yang terdapat di dalamnya penting bagi kelenjar adrenalin yang memainkan peranan penting bagi pengurusan stres tubuh. Kekurangan asid ini boleh menyebabkan jangkitan lelah dan rasa gelisah yang berlebihan.

Coklat membantu anda menenangkan emosi. Coklat dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu saraf dan membuat perasaan lebih tenang dan gembira. Nanas dan buah beri mempunyai antioksidan yang banyak membantu anda melawan radikal bebas menghasilkan memori segar dan kuat. Ini kerana "otak menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksidan akan membantu mengurangkan kerosakan otak disebabkan oksidan yang ada.

Hampir kesemua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutama B6, dan B12 yang diketahui amat penting bagi meredakan stres. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan depresi. Selain itu, makanan yang kaya dengan omega 3 seperti ikan salmon, boleh melindungi diri daripada penyakit jantung.

Sayuran hijau seperti brokoli, kangkung dan sayuran lain yang berwarna hijau tua merupakan sayuran yang amat bermanfaat untuk menurunkan stres. Ini kerana, kandungan vitaminnya yang begitu banyak dapat dijadikan sebagai sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.

Roti, nasi putih atau kuih-muih boleh mengenyangkan, tetapi setelah menikmatinya anda akan berasa mengantuk dan tak kurang boleh menyebabkan anda lebih berisi dan gemuk. Namun, gandum memberi kesan yang lain, Iaitu boleh mengenyangkan sekali gus dapat mengendalikan stres dalam jangka waktu yang lama.

Sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang paling sesuai dengan keperluan anda. Apa yang penting, minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca stres. Minumlah susu pada waktu pagi atau malam ( sebelum anda tidur).

Jan 19, 2010

Petua Elak Stress

Kerap kali kita mendengar individu mengalami tekanan dan kemurungan jiwa.Sama ada berpunca daripada tekanan kerja,masalah cinta perpecahan keluarga , masalah kewangan dan sebagainya.



Remaja hakikatnya merupakan golongan yang sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran  dan tekanan yang kadang kala berakhir dengan peristiwa tragis.Golongan muda mudah tertekan akibat masalah personaliti diri dan bila tiba musim peperiksaan.Persoalannnya adakah tekanan wajar diluahkan atau disimpan untuk mengelakkan daripada diketahui  orang lain. Berikut beberapa petua yang boleh dikongsi bersama untuk mengelakkan tekanan dalam kehidupan seharian :

1. Tidur yang mencukupi
Boleh merehatkan badan dan otak.Kajian mendapati seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang  daripada kadar biasa akan mengalami tekanan.

2. Berwuduk(bagi orang Islam)
Jiwa akan lebih tenang dengan berwuduk.

3. Bersukan
Lakukan aktiviti beriadah sama ada berjoging dan sebagainya.

4. Amalkan diet
Pemakanan yang seimbang mengurangkan tekanan dan kegemukan

5. Menangis sepuas hati
Mampu mengurangkan tekanan dan anda  tahu bila masa terbaik untuk berhenti menangis.

6. Tingaktkan keyakinan diri.
Sentiasa berfikiran postif dalam kehidupan.

7. Cintai diri sendiri
"Cintailah Diri Kamu Sebelum Kamu mencintai diri orang lain ' -Maksud Hadis

8. Tarik nafas dalam-dalam.
Apabila anda panik,rasa mahu marah..tarik nafas dalam-dalam sekurang-kurangnya tiga kali.

Amalkan 8 petua ini untuk gaya hidup yang lebih sihat.


Followers